Tarikh mula puasa bulan Ramadhan 2021 di Malaysia

Seluruh umat Islam di Malaysia akan mula menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadhan tahun ini (2021) mulai pada tarikh 13 April 2021 (Masihi) Bersamaan 1 Ramadhan 1442 (Hijrah)

Pemakluman berhubung dengan perkara ini adalah berdasarkan rujukan MYsumber terhadap tarikh-tarikh penting dalam Islam terbitan Panel Pakar Falak (PPF) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) tahun 2021 Masihi / 1442-1443 Hijrah bagi Malaysia

Tarikh penetapan permulaan puasa bulan Ramadhan 2021 bagi negeri-negeri seluruh Malaysia nanti akan diumumkan secara rasmi oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad secara langsung melalui radio dan televisyen sekitar jam 8 malam pada hari Isnin, 12 April 2021 bersamaan 29 Syaaban 1442H

Leave a comment

Design a site like this with WordPress.com
Get started