Kasut kerja anda ada yang bertapak getah atau bertapak kulit.

Bagi mereka yang kasutnya bertapak kulit, setelah lama menggunakannya, ia akan jadi licin.
Ini adalah kerana kulit sudah menjadi kering. Untuk menjaganya, anda perlu lakukan perkara berikut:


1. Setiap sebulan sekali, basuh tapak kasut kulit anda. Buang batu serta pasir yang melekat. Biarkan ia kering.
2. Setelah kering, sapukan Saphir sole guard dengan guna kain kering. Biarkan ia dlm 6 jam
3. Ulang lagi proses no 2 di atas. Setelah kering, anda boleh gunakan.
