Ketika anda membeli beg atau kasut kulit, tahukah anda jenis kulit kasut atau beg anda ?π§
Mari kita belajar sesuatu hari ini tentang jenis jenis kulit. ππ
Ada 3 jenis kulit iaitu..
1. full grain leather
Full grain leather adalah lapisan paling luar kulit. Ia ada kesan calar ketika lembu terkena kawat dawai dan sebagainya. Kulitnya keras. Kulit dari bahagian ini selalunya dibuat talipinggang dan kasut but. Kulit full grain adalah paling mahal dan kulit itu akan tahan lebih lama. Selalunya lapisan luar kulit akan dibuang dan lapisan kulit yang lebih uniform akan tinggal.
2. top grain leather
Top grain leather adalah lapisan kulit yang telah dibuang lapisan atas kulit. Kulit ini lebih lembut jadi ia selalu dibuat beg tangan wanita. Kulit ini selalunya diwarnakan untuk menghasilkan beg tangan wanita yang cantik.
3. genuine leather
Kualiti genuine leather adalah yang paling murah dari kesemua jenis kulit. Jangka hayatnya juga lebih pendek.
