Rakyat Malaysia diminta waspada gelombang haba

KUALA LUMPUR – Rakyat Malaysia dinasihatkan supaya sentiasa terhidrat dan berhati-hati dengan gejala penyakit berkaitan haba yang disebabkan dehidrasi dan kehilangan elektrolit dalam gelombang haba semasa di seluruh negara, menurut pakar perubatan.
Pakar Perubatan Kesihatan Awam Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Profesor Madya Dr Mohd Dzulkhairi Mohd Rani menasihatkan orang ramai agar mengelak daripada bersenam ketika cuaca panas terik bagi mengelakkan kenaikan suhu teras badan seseorang dan berisiko mengalami tekanan tambahan.
“Kekal terhidrat semasa bersenam juga penting untuk mengelak kenaikan suhu badan,” katanya dalam temu bual.
Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/151393/BERITA/Nasional/Rakyat-Malaysia-diminta-waspada-gelombang-haba
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Leave a comment

Design a site like this with WordPress.com
Get started